SKIM SIMPANAN
SEBAB? |
Sejak kebelakangan ini, ramai calon lawatan ziarah meminta kami memulakan skim simpanan untuk membolehkan mereka menguatkuasakan "tabungan" biasa supaya mereka akhirnya dapat menyertai lawatan ziarah kami. Sebagai respons kepada permintaan ini, Splendour Pilgrimage Savings Scheme (SPSS), atau Skim Simpanan Lawatan Ziarah Splendour, telah dilancarkan.
Satu-satunya tujuan skim ini adalah untuk menggalakkan bakal pelawat ziarah (yang belum mampu untuk menyertai sebuah lawatan ziarah) untuk memupuk disiplin menabung dalam jangkamasa panjang dan akhirnya dapat mengambil bahagian dalam lawatan ziarah pilihan mereka dalam masa tiga tahun atau lebih. Terma dan syarat SPSS adalah seperti berikut: |
SATU
Jumlah minima yang anda harus bayar setiap bulan adalah RM350-00, dan bayaran bulanan ini berlangsung selama 36 bulan atau lebih sehingga anda telah mengumpulkan sekurang-kurangnya RM12,600. Anda juga boleh menabung lebih dari jumlah minima yang ditetapkan.
DUA
Jika harga lawatan anda pada masa yang ditetapkan itu melebihi jumlah yang telah dikumpulkan, anda perlu mencukupkan bayaran anda. Jika harga lawatan itu kurang dari jumlah yang telah dikumpulkan, jumlah yang selebihnya akan dipulangkan kepada anda.
TIGA
Setiap ansuran yang dibayar bagi tabung anda anda akan disusuli dengan resit bagi rujukan anda. Pihak kami juga akan menyimpan rekod jumlah bayaran anda.
FOUR
Jika anda membuat keputusan untuk menarik diri dari tabung ini selepas akaun anda sudah dimulakan, wang yang telah dibayar boleh dipulangkan, tetapi jumlah sebanyak 10 peratus dari jumlah itu akan ditolak sebagai yuran pentadbiran.
LIMA
Jika anda ingin memindah hakmilik tabung ini kepada orang lain, pindahan ini boleh dibuat secara bertulis (melalui emel atau surat), dan 5 peratus dari jumlah itu akan ditolak sebagai yuran pentadbiran. Selepas itu, pemilik akaun baru itu harus bertanggungjawab untuk meneruskan bayaran bulanan ini.
ENAM
Jika anda tidak membayar ansuran sekurang-kurangnya RM350 sebulan secara terus-menerus selama 3 bulan, semua wang yang telah dibayar akan dipulangkan selepas 10 peratus dari jumlah yang telah dibayar itu ditolak sebagai yuran pentadbiran.
TUJUH
Semua peserta dalam skim ini akan layak menerima rebat awal apabila rebat ini disediakan untuk trip tertentu.
lapan
Skim ini hanya buka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap Malaysia.
sembilan
Segala terma dan syarat adalah tertakluk kepada sebarang perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
Segala terma dan syarat adalah tertakluk kepada sebarang perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
Nama bank: MAYBANK Nama akaun: CAPRICORN TRAVEL SERVICES SDN BHD Nombo akaun: 5123 1662 1821 |
|