Nihil Obstat
(Penterjemahan dari Bahasa Inggeris)
Saya, yang bertandatangan di bawah ini, setelah meneliti kandungan teologi bagi siri katekese yang dikarang oleh Rev. Diakon Profesor Dr Sherman Kuek, OFS, berdasarkan atas status doktoral dan jabatan keuskupan saya, dengan ini mengisytiharkan bahawa siri pengajaran ini, termasuk jilid-jilid sedia ada dan pengembangan pada masa hadapan yang diterbitkan daripada kandungan asas ini, tidak mengandungi apa-apa yang bercanggah dengan ajaran iman atau ajaran moral Gereja Katolik dalam apa jua bentuk penghasilan, penerbitan, atau pengedaran medianya. Pengisytiharan ini berfungsi sebagai satu kesaksian rasmi dan berterusan terhadap integriti doktrin karya tersebut bagi pengajaran umat Kristian di seluruh Gereja universal.
"Saya amat mengesyorkan program ini kepada semua kaum awam, kerana ia akan memperkayakan iman mereka yang benar-benar komited untuk mendalami pemahaman mereka akan warisan Katolik kita bersama!"
"Ramai umat Katolik ingin mempelajari iman mereka secara teratur dan mendalam. Tetapi, mereka memerlukan sebuah program yang fleksibel dan tidak memberi tekanan. Splendour Project sekarang telah memungkinkan hal ini!"
Rev. Deacon Professor Dr Sherman Kuek OFS
Profesor Teologi and Dialog Cornelius Cardinal Sim
Profesor Teologi and Dialog Cornelius Cardinal Sim
Iman Katolik adalah lebih daripada sekadar satu siri doktrin intelektual. Ia merupakan kisah tentang Allah dan hubungan-Nya dengan manusia. Ini bermakna iman Katolik boleh difahami dengan cara yang sistematik dan ringkas, yang akan membantu anda untuk benar-benar mendalami serta memahami erti kewujudan dan kehidupan anda sendiri.
Splendour Project menjemput anda untuk menelusuri perjalanan bersama Diakon Sherman Kuek dalam penemuan yang mengujakan ini melalui Program Pensijilan AMDK kami. AMDK merupakan singkatan kepada Allah Menebus Dunia Kita. Kursus ini, yang setaraf dengan apa yang kini lazim dikenali sebagai kelayakan mikro, dibentangkan secara sistematik dan boleh diselesaikan secepat atau selambat yang anda inginkan. Setiap pelajaran disampaikan dalam format video rakaman berserta nota rangka yang boleh dimuat turun.
Splendour Project menjemput anda untuk menelusuri perjalanan bersama Diakon Sherman Kuek dalam penemuan yang mengujakan ini melalui Program Pensijilan AMDK kami. AMDK merupakan singkatan kepada Allah Menebus Dunia Kita. Kursus ini, yang setaraf dengan apa yang kini lazim dikenali sebagai kelayakan mikro, dibentangkan secara sistematik dan boleh diselesaikan secepat atau selambat yang anda inginkan. Setiap pelajaran disampaikan dalam format video rakaman berserta nota rangka yang boleh dimuat turun.
Pendaftaran sentiasa terbuka. Sila hubungi kami.
Lebih maklumat terperinci tentang kursus ini melalui format soal jawab:
UNTUK SIAPAKAH KURSUS INI?
Program ini adalah untuk sesiapa sahaja yang ingin mengenali iman Katolik mereka secara terperinci dan sistematik, dan yang tidak berpuas hati dengan hanya pemahaman yang cetek tentang ajaran Gereja Katolik. Program ini amat bermanfaat khususnya jika anda melayani di Gereja sebagai seorang guru, katekis untuk para pelajar atau RCIA, pemimpin komuniti, pelayan luar biasa Komuni Suci, penyelaras pelayanan, atau pemimpin dalam apa-apa kapasiti sekalipun. Namun, walaupun tidak, anda akan mendapatinya sangat memperkayakan jika anda benar-benar ingin menemui makna sebenar dalam memahami iman anda.
ADAKAH KURSUS INI BERAT DAN MEMBOSANKAN?
Kursus ini amat menarik! Tetapi lebih daripada sekadar menarik, ia akan membantu anda untuk memahami banyak isu yang dibincangkan dalam kalangan sarjana mengenai topik-topik yang berkaitan, dengan semuanya dibentangkan dan dijelaskan dalam bahasa mudah yang boleh anda fahami.
BERAPAKAH BANYAKKAH KOS PENYERTAAN BAGI KURSUS INI?
Para peserta biasanya mendaftar untuk satu Tempoh secara berperingkat, yang memerlukan sumbangan sebanyak RM120 (untuk peserta di Malaysia) atau $60 (SGD/BD/AUD/USD bagi mereka yang berada di luar Malaysia). Setelah mendaftar untuk satu Tempoh yang mengandungi enam pelajaran, anda akan diberikan akses selama enam bulan pada satu-satu masa untuk setiap Tempoh di muka e-pembelajaran Splendour kami.
Kami tidak berkira untuk memanjangkan durasi akses bagi peserta yang tidak dapat menghabiskan pembelajaran bagi satu-satu Period dalam masa enam bulan. Anda hanya perlu menghubungi kami untuk pelanjutan masa, dan ia akan diberikan dengan bermurah hati.
Kami amat menghargai mereka yang dengan besar hati ingin menyumbangkan lebih daripada jumlah minimum tersebut, memandangkan dana amat diperlukan untuk menampung kos infrastruktur media kami.
Kami tidak berkira untuk memanjangkan durasi akses bagi peserta yang tidak dapat menghabiskan pembelajaran bagi satu-satu Period dalam masa enam bulan. Anda hanya perlu menghubungi kami untuk pelanjutan masa, dan ia akan diberikan dengan bermurah hati.
Kami amat menghargai mereka yang dengan besar hati ingin menyumbangkan lebih daripada jumlah minimum tersebut, memandangkan dana amat diperlukan untuk menampung kos infrastruktur media kami.
APAKAH JANGKAMASA BAGI SELURUH KURSUS INI?
Program ini boleh diselesaikan dalam masa yang sesingkat mana yang anda inginkan. Ia bergantung sepenuhnya pada bagaimana anda mengatur langkah anda sendiri. Jika anda menghabiskan satu pelajaran setiap bulan, anda akan mengambil masa empat tahun untuk melengkapkan keseluruhan program. Jika anda mengambil dua pelajaran sebulan, maka anda mengambil masa dua tahun untuk melengkapkan keseluruhan program. Jika anda menghabiskan satu pelajaran seminggu (iaitu empat pelajaran sebulan), ia akan selesai dalam masa setahun.
Walau bagaimanapun, kami menggesa anda agar tidak melihat program ini sebagai satu tugasan yang anda tergesa-gesa untuk selesaikan. Ia merupakan satu perjalanan iman. Allah tidak membentuk manusia dalam keadaan tergesa-gesa. Kami berharap bahawa anda akan mengambil perjalanan ini sebagai satu pengembaraan bersama Allah dan bersikap terbuka kepada Roh Kudus untuk membentuk anda di samping anda memberi masa kepada diri sendiri untuk menghayati apa yang dipelajari menerusi program ini dalam kehidupan seharian anda. Program ini bertujuan untuk melengkapkan anda demi keabadian, dan dalam kerangka keabadian, empat tahun adalah tempoh masa yang sangat singkat!
Walau bagaimanapun, kami menggesa anda agar tidak melihat program ini sebagai satu tugasan yang anda tergesa-gesa untuk selesaikan. Ia merupakan satu perjalanan iman. Allah tidak membentuk manusia dalam keadaan tergesa-gesa. Kami berharap bahawa anda akan mengambil perjalanan ini sebagai satu pengembaraan bersama Allah dan bersikap terbuka kepada Roh Kudus untuk membentuk anda di samping anda memberi masa kepada diri sendiri untuk menghayati apa yang dipelajari menerusi program ini dalam kehidupan seharian anda. Program ini bertujuan untuk melengkapkan anda demi keabadian, dan dalam kerangka keabadian, empat tahun adalah tempoh masa yang sangat singkat!
BERAPA BANYAK MASAKAH HARUS SAYA TUMPUKAN BAGI SETIAP PELAJARAN?
Setiap pelajaran memerlukan anda untuk menonton kuliah video selama sejam (kadang-kadang lebih sedikit, kadang-kadang kurang sedikit). Bersama-sama dengan menonton video ini, anda juga perlu membaca dengan teliti nota rangka komprehensif yang disediakan untuk pelajaran tersebut. Jika anda mempunyai lebih banyak masa, anda boleh menonton video untuk pelajaran tersebut beberapa kali agar dapat memahami dengan lebih mendalam kandungan yang disampaikan.
Jadi, untuk menjawab soalan anda tentang komitmen masa yang diperlukan, anda perlu memberikan komitmen minimum kira-kira 1 hingga 1.5 jam sebulan. Tetapi jika anda mendapati diri anda mampu meluangkan lebih banyak masa untuk pengalaman pembelajaran anda, apa salahnya!
Jadi, untuk menjawab soalan anda tentang komitmen masa yang diperlukan, anda perlu memberikan komitmen minimum kira-kira 1 hingga 1.5 jam sebulan. Tetapi jika anda mendapati diri anda mampu meluangkan lebih banyak masa untuk pengalaman pembelajaran anda, apa salahnya!
ADAKAH DIBENARKAN JIKA SAYA INGIN MENONTON SESEBUAH PELAJARAN DARI TEMPOH YANG LEPAS?
Anda boleh berbuat demikian. Anda hanya perlu memohon akses daripada pentadbir kami untuk mana-mana pelajaran lepas yang ingin anda ulangi.
BOLEHKAH SAYA BERTANYA SOALAN SELEPAS MEMPELAJARI SEBUAH SESI?
Ya. Anda boleh menghantar soalan anda melalui Whatsapp pada bila-bila masa ke Talian Hotline Splendour kami (+6016-4432783) dan anda biasanya akan menerima jawapan kepada soalan-soalan anda daripada Diakon Sherman dalam masa 24 jam.
BOLEHKAH SAYA MEMPEROLEHI SIJIL BAGI KURSUS INI?
Ya! Jika anda menyelesaikan semua topik dalam setiap Tempoh dan mengambil kuiz pada akhir Tempoh tersebut, sebuah e-sijil akan dikeluarkan kepada anda untuk menandakan penyelesaian kursus ini. Kuiz tersebut sangat mudah dan didasarkan sepenuhnya pada pembentangan dalam video dan nota rangka komprehensif yang disediakan. Ia akan mengandungi soalan-soalan mudah, dan jawapannya boleh diserahkan kepada kami melalui Whatsapp atau e-mel. Setelah kami mengesahkan bahawa anda telah melengkapkan semua topik dan menjawab semua soalan kuiz untuk Tempoh tertentu, satu e-sijil akan dihantar kepada anda.
Jika anda mengikuti setiap Tempoh dengan setia, anda akan menerima lapan e-sijil penamatan menjelang masa anda melengkapkan keseluruhan program. Semua peserta yang telah menerima jumlah e-sijil penamatan yang penuh kemudiannya akan menerima e-sijil pengakhir untuk mengesahkan bahawa mereka telah melengkapkan program ini dengan sepenuhnya.
(Semua sijil akan dihantar dalam bentuk elektronik. Hanya sijil akhir boleh disediakan dalam bentuk salinan tercetak, dan ini adalah ATAS PERMINTAAN SAHAJA.)
Jika anda mengikuti setiap Tempoh dengan setia, anda akan menerima lapan e-sijil penamatan menjelang masa anda melengkapkan keseluruhan program. Semua peserta yang telah menerima jumlah e-sijil penamatan yang penuh kemudiannya akan menerima e-sijil pengakhir untuk mengesahkan bahawa mereka telah melengkapkan program ini dengan sepenuhnya.
(Semua sijil akan dihantar dalam bentuk elektronik. Hanya sijil akhir boleh disediakan dalam bentuk salinan tercetak, dan ini adalah ATAS PERMINTAAN SAHAJA.)
SIAPAKAH YANG MENGANUGERAHKAN SIJIL TERSEBUT?
Semua e-sijil akan dianugerahkan oleh Splendour Project, termasuk e-sijil akhir yang akan dianugerahkan setelah selesai kesemua lapan period. Walau bagaimanapun, e-sijil penyelesaian juga akan disahkan secara akademik oleh Institut Pengajian Teologi Kristian (CHRISTE), yang merupakan sebuah institut penyelidikan teologi Kristiani yang ditauliahkan di bawah prerogatif Siri Perjanjian 49006/49007 Bangsa-bangsa Bersatu.
|
CHRISTE adalah institut pengajian yang terafiliasi dengan Sekolah Teologi dan Pengajian Antara Agama di bawah Pôle Universitaire Euclide (sebuah institusi antara kerajaan yang khusus ditubuhkan untuk menyediakan pendidikan pascasiswazah bagi para diplomat dan penjawat awam kanan negara-negara peserta serta pekerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).
|
BAGAIMANA PULA JIKA SAYA TIDAK MENGKEHENDAKI SIJIL TERSEBUT?
Tidak mengapa. Mengambil kuiz bukanlah sesuatu yang wajib bagi mereka yang tidak mahukan sijil. Jika anda tidak merancang untuk dianugerahkan sijil, adalah juga boleh mendaftar hanya bagi beberapa topik yang mungkin menarik minat anda secara khusus (jika mahu).
APAKAH LAPAN TEMPOH DALAM PROGRAM INI?
Senarai topik dalam setiap period terdapat di bawah berserta ringkasan bagi semua period tersebut. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa semakan kecil ke atas topik-topik mungkin berlaku dari semasa ke semasa, memandangkan kajian sentiasa dijalankan secara berterusan dan kurikulum kami akan terus ditambah baik dan dibangunkan.
TEMPOH SATU: PEMBERONTAKAN BESAR
Tempoh Satu bermula dengan soalan asas, sama ada Allah benar‑benar wujud dan bagaimana kita boleh mengenali-Nya. Ia menerangkan bahawa Allah adalah Allah Tritunggal dan Pencipta segala yang kelihatan dan tidak kelihatan. Kemudian diceritakan tentang penciptaan, Adam dan Hawa, perjanjian pertama, kejatuhan manusia, dan bagaimana dosa serta kejahatan masuk ke dalam dunia. Di sini juga disentuh tentang malaikat yang jatuh dan gangguan setan terhadap manusia. Semua ini membuka jalan bagi kisah seterusnya tentang bagaimana Allah merancang untuk menyelamatkan manusia, yang diteruskan dalam Tempoh Dua.
Pelajaran 1: Kewujudan Allah
Pelajaran 2: Deposit Iman
Pelajaran3: Allah Tritunggal
Pelajaran4: Dunia yang Tidak Kelihatan
Pelajaran5: Kejadian & Perjanjian dengan Ibubapa Pertama
Pelajaran6: Kejatuhan dan Dosa
Berakhir dengan sebuah kuiz penutup (tidak wajib)
TEMPOH DUA: PENYELAMATAN ILAHI
Tempoh Dua meneruskan cerita tentang kejatuhan manusia dengan menunjukkan bagaimana Allah tidak menyerah, tetapi mengadakan beberapa perjanjian, bermula dengan Nuh, kemudian dengan Abraham, Musa, dan Daud. Setiap perjanjian ini menjadikan umat Allah semakin berkembang, daripada satu keluarga menjadi satu bangsa dan kerajaan. Kisah-kisah air bah, keluaran dari Mesir, dan kemasukan ke Tanah Perjanjian dijelaskan sebagai langkah-langkah dalam rancangan penyelamatan, bukan sekadar cerita lama. Pemberian Sepuluh Perintah dan pengasasan kerajaan Israel adalah berkat, tetapi juga dugaan, kerana Israel sering tidak setia. Keadaan ini menimbulkan kerinduan akan seorang Penyelamat sejati, yang diperkenalkan dalam Tempoh Tiga.
Pelajaran1: Perjanjian dengan Sebuah Keluarga (Noah)
Pelajaran2: Perjanjian dengan Sebuah Suku (Abraham)
Pelajaran3: Perjanjian dengan Sebuah Bangsa (Moses)
Pelajaran4: Sepuluh Perintah
Pelajaran 5: Kemasukan ke Tanah Perjanjian
Pelajaran 6: Perjanjian dengan Sebuah Kerajaan (David)
Berakhir dengan sebuah kuiz penutup (tidak wajib)
TEMPOH TIGA: PENYELAMAT YANG DITUNGGUKAN
Tempoh Tiga bermula apabila kerajaan Israel sudah jatuh dan umat diusir dari tanahair mereka. Di sini diterangkan bahawa pengusiran dan hukuman bukan sahaja tanda murka, tetapi cara Allah mendidik umat-Nya. Para nabi diutus untuk menyeru agar Israel bertaubat dan berpaling kepada Allah, serta memberi harapan tentang perjanjian baru melalui seorang Hamba yang menderita, dan juga pencurahan Roh Kudus. Dengan latar ini, kelahiran Yesus, pelayanan-Nya, sengsara, dan kebangkitan-Nya dijelaskan sebagai jawapan kepada janji para nabi. Seminar ini juga membentangkan bukti-bukti bahawa kebangkitan Yesus itu merupakan suatu peristiwa yang nyata. Akhirnya, kisah Yesus membawa kita kepada kelahiran Gereja dan sakramen, yang diterangkan dalam Tempoh Empat.
Pelajaran 1: Pengusiran
Pelajaran 2: Nabi-nabi
Pelajaran 3: Inkarnasi
Pelajaran 4: Yesus dan Misi-Nya
Pelajaran 5: Yesus dan Korban Terakhir
Pelajaran 6: Yesus dan Kebangkitan-Nya
Berakhir dengan sebuah kuiz penutup (tidak wajib)
TEMPOH EMPAT: KESATUAN ILAHI I
Tempoh Empat menunjukkan bagaimana melalui salib dan kebangkitan Yesus, lahirlah Gereja sebagai keluarga baru Ilahi. Gereja wujud di dunia sekarang, tetapi sentiasa menunggu kedatangan semula Yesus. Kehidupan sebagai Gereja di dunia ini mengkehendaki agar kita menurut rentak kehidupan yang tertentu. Oleh kerana itu, diterangkan tahun liturgi, perkara-perkara akhir seperti syurga dan neraka, dan ringkasan iman dalam pengakuan/kredo kita. Sakramen-sakramen juga diperkenalkan sebagai cara Yesus hadir dan bekerja dalam Gereja-Nya. Pada akhir seminar ini, tumpuan diberi kepada sakramen-sakramen inisiasi, terutamanya Baptisan, Penguatan, dan Ekaristi, yang menjadi asas kepada penerangan lebih mendalam tentang sakramen dalam Tempoh Lima.
Pelajaran 1: Gereja (Perjanjian Terakhir)
Pelajaran 2: Tahun dan Kalendar Liturgi
Pelajaran 3: Hal-hal yang Terakhir
Pelajaran 4: Pengakuan Iman
Pelajaran 5: Sakramen-sakramen (Pengenalan)
Pelajaran 6: Sakramen-sakramen (Pembaptisan & Penguatan)
Berakhir dengan sebuah kuiz penutup (tidak wajib)
TEMPOH LIMA: KESATUAN ILAHI II
Tempoh Lima - Kesatuan Ilahi II - memberi tumpuan khusus kepada tujuh sakramen Gereja. Ekaristi dijelaskan sebagai sumber dan kemuncak hidup Kristiani, dan Perayaan Misa Kudus dijelaskan langkah demi langkah supaya umat memahami apa yang terjadi di altar. Sakramen-sakramen Tahbisan dan Perkahwinan dilihat sebagai sakramen untuk melayani orang lain, sama ada sebagai paderi atau sebagai suami isteri yang memberi diri bagi keluarga dan Gereja. Sakramen-sakramen Pengakuan dan Pengurapan Orang Sakit pula membantu menyembuhkan dosa dan menguatkan orang yang menderita, walaupun tidak semestinya menyembuhkan penyakit jasmani dengan segera. Dengan cara ini, seminar ini menunjukkan bahawa sakramen-sakramen adalah saluran rahmat harian dan menyediakan umat untuk melihat amalan doa dan devosi dalam Tempoh Enam.
Pelajaran 1: Sakramen-sakramen (Ekaristi)
Pelajaran 2: Sakramen-sakramen (Ekaristi & Misa)
Pelajaran 3: Sakramen-sakramen (Imamat)
Pelajaran 4: Sakramen-sakramen (Perkahwinan)
Pelajaran 5: Sakramen-sakramen (Pengakuan Dosa)
Pelajaran 6: Sakramen-sakramen (Pengurapan Orang Sakit)
Berakhir dengan sebuah kuiz penutup (tidak wajib)
TEMPOH ENAM: KEHIDUPAN DALAM PERSEKUTUAN
Tempoh Enam menerangkan bagaimana hidup dalam rahmat Sakramen diteruskan melalui sakramentali dan doa harian Gereja. Ia menjelaskan bahawa sakramentali seperti air berkat, rosari, dan tanda salib tidak sama dengan Sakramen, tetapi membantu kita membuka hati kepada rahmat Allah. Doa Bapa Kami, Ibadat Seharian, dan Rosari dihuraikan sebagai doa utama yang mengajar kita berdoa seperti Yesus dan bersatu dengan doa Gereja yang universal. Devosi kepada para kudus dan terutamanya kepada Perawan Maria yang Terberkati diterangkan sebagai hubungan keluarga dengan ahli-ahli Gereja yang sudahpun berada di syurga. Semua amalan ini membantu dalam transformasi umat, dan menyediakan jalan kepada perbincangan tentang kehidupan moral dalam Tempoh Tujuh.
Pelajaran 1: Sakramentali
Pelajaran 2: Bapa Kami
Pelajaran 3: Ibadat Seharian (Liturgy of the Hours)
Pelajaran 4: Doa Rosario
Pelajaran 5: Devosi kepada Orang Kudus
Pelajaran 6: Devosi kepada Perawan Maria yang Terberkati
Berakhir dengan sebuah kuiz penutup (tidak wajib)
TEMPOH TUJUH: KEHIDUPAN MORAL
Tempoh Tujuh menjelaskan bahawa iman bukan hanya berkenaan dengan pengetahuan dan doa, tetapi harus tampak dalam cara kita hidup setiap hari. Di sini asas moral Katolik diterangkan, termasuk kebebasan, hati nurani, dan rahmat. Kemudian perhatian diberi kepada isu-isu seperti seksualiti, perkahwinan, dan rumahtangga, supaya umat memahami hubungan antara suami isteri dan betapa pentingnya keterbukaaan kepada kehidupan. Isu-isu semasa seperti kontrasepsi, pengguguran, rawatan perubatan moden, identiti jantina, dan hubungan sejenis disentuh dengan bahasa yang jelas dan penuh hormat, dengan menekankan martabat setiap manusia. Seminar ini menjemput umat agar hidup secara suci dengan bantuan rahmat, bukan hanya dengan mematuhi hukum semata-mata, dan mempersiapkan mereka untuk menjadi saksi di dunia, seperti yang ditekankan dalam Tempoh Lapan.
Pelajaran 1: Pengenalan kepada Kehidupan Moral
Pelajaran 2: Kesucian Seksual
Pelajaran 3: Perkahwinan dan Rumahtangga
Pelajaran 4: Isu-isu Jantina
Pelajaran 5: Isu-isu Kehidupan
Pelajaran 6: Perhatian Terhadap Mereka yang Miskin
Berakhir dengan sebuah kuiz penutup (tidak wajib)
TEMPOH LAPAN: MENYEBARKAN CERITA
Dalam mengakhiri seluruh siri seminar AMDK, Tempoh Lapan menunjukkan bahawa semua yang telah dipelajari, daripada sejarah penyelamatan hingga sakramen-sakramen dan moral, mesti berpuncak dengan misi. Setiap umat Katolik diseru agar memahami maksud penginjilan dan bagaimana berkongsi iman dengan cara yang bijaksana dan penuh kasih, walaupun dunia ini kadang-kadang menolak Injil. Isu tentang agama-agama lain dan umat Kristian bukan Katolik diterangkan dengan seimbang, mengakui ada unsur kebenaran dan kebaikan, tetapi juga keunikan Gereja Katolik. Penjagaan alam sekitar dijelaskan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab iman, bukan agenda duniawi semata-mata. Akhirnya, seminar ini membantu umat mencari panggilan dan karisma masing-masing, supaya mereka dapat mengetahui kehendak Allah akan tempat dan cara pelayanan mereka masing-masing, sambil meneruskan cerita “Allah Menebus Dunia Kita” dalam kehidupan seharian.
Pelajaran 1: Penginjilan
Pelajaran 2: Penganut-penganut Agama Lain
Pelajaran 3: Umat Kristian di Luar Gereja Katolik I
Pelajaran 4: Umat Kristian di Luar Gereja Katolik II
Pelajaran 5: Menjadi Murid Yesus Seumur Hidup
Pelajaran 6: Panggilan dan Kurnia
Berakhir dengan sebuah kuiz penutup (tidak wajib)
You can view a sample introductory lesson of this programme HERE.
ADAKAH PENDAFTARAN BAGI PROGRAM INI MEMPUNYAI TARIKH TUTUP?
Ini adalah program tak segerak (asynchronous), yang bermaksud bahawa setiap peserta boleh mendaftar untuknya pada bila-bila masa dan melalui program tersebut pada bila-bila masa tanpa menunggu orang lain. Ia dijalankan dengan cara yang fleksibel sepenuhnya berdasarkan perancangan masa anda sendiri. Dengan cara ini, fokus penyertaan anda dalam program ini boleh tertumpu pada perjalanan itu sendiri dan bukannya pada menamatkannya secepat mungkin.
SIAPAKAH YANG MENGAJAR PROGRAM INI?
Fasilitator bagi program ini ialah Rev. Diakon Prof. Dr Sherman Kuek OFS. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai beliau.
BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MENDAFTAR UNTUK PROGRAM INI?
Anda boleh sama ada mengisi borang pendaftaran dan menyerahkannya kepada kami ATAU hanya menghantarkan butiran yang diperlukan dalam borang tersebut melalui e-mel ([email protected]) atau Whatsapp (+6016-4432783). Setelah membuat sumbangan anda, sila hantarkan juga slip pembayaran anda kepada kami untuk mengesahkan bahawa sumbangan anda telah dibuat.
Anda akan mendaftar untuk satu Period (yang mengandungi enam pelajaran) pada setiap masa, yang bermakna sumbangannya adalah RM120 atau BD/SGD60 atau USD60 bagi setiap peserta untuk keseluruhan tempoh.
Harap maklum bahawa anda hanya perlu menghantar borang (atau butiran yang diperlukan dalam borang) SEKALI SAHAJA. Selepas itu, apa yang anda perlu lakukan hanyalah menghantar sumbangan anda untuk pelajaran dan tempoh seterusnya serta memaklumkan kami mengenainya bersama-sama dengan slip pembayaran anda.
Anda akan mendaftar untuk satu Period (yang mengandungi enam pelajaran) pada setiap masa, yang bermakna sumbangannya adalah RM120 atau BD/SGD60 atau USD60 bagi setiap peserta untuk keseluruhan tempoh.
Harap maklum bahawa anda hanya perlu menghantar borang (atau butiran yang diperlukan dalam borang) SEKALI SAHAJA. Selepas itu, apa yang anda perlu lakukan hanyalah menghantar sumbangan anda untuk pelajaran dan tempoh seterusnya serta memaklumkan kami mengenainya bersama-sama dengan slip pembayaran anda.
Pendaftaran